Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala, Majlis Sambutan Maulidurrasul 1434 Hijrah peringkat IPG Kampus Ilmu Khas telas selamat diadakan pada 25 Januari 2013 bersamaan 13 Rabiul Awal 1434H di dewan Dato’ Razali Ismail IPG KIK.
Majlis tersebut telah mendapat kerjasama dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Kuala Lumpur. Bertemakan Rasulullah S.A.W: Muaddib & Qudwah Hasanah Dalam Pendidikan, pihak JAPIM IPGKIK telah mengadakan forum perdana dengan dihadiri oleh 2 orang panel jemputan khas iaitu Ybhg. Ustaz Fauzi Mustafa dan Ybhg. Ustaz Zamri Zainal Abidin bersama moderator Ybhg. Ustaz Ahmad Husni Dato' Ab Rahman. Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat, majlis tersebut telah berjalan dengan baik.
Manakala bagi yang bukan beragama Islam satu forum Moral telah diadakan di Auditorium Blok TESL yang telah dijayakan oleh Pensyarah Bahagian Moral JAPIM Datin Marina Mohd Yusof dan Puan Vijayaletcmy a/p Muniyandy
Terima Kasih diucapkan kepada pihak yang telah memberikan kerjasama.
Jazakallah Khair Wa Ahsan Al Jaza
Sekitar Majlis Tersebut