Saturday, 23 February 2013

Ucapan Takziah Buat Keluarga En. Abd Rahim bin Talib

Ibu mertua kepada En. Abd Rahim bin Talib (Ketua Jabatan Pendidikan Khas, IPGKIK) telah meninggal dunia pada 21 Februari 2013 di Hospitlal Serdang, Selangor. Seluruh warga IPGK Ilmu Khas merakamkan ucapan takziah kepada En. Abd Rahim bin Talib dan keluarga.
Al Fatihah.....


Friday, 22 February 2013

Al-Fatihah buat Allahyarham Dr Mohd Abdul Basir Alias


Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Mohd Abdul Basir Alias, 47, Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral IPG Kampus Ilmu Khas yang telah meninggal dunia di hospital Serdang Khamis 22 Februari 2013 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1434 Hijrah . 
Semoga ruh beliau ditempatkan bersama-sama para anbia dan para solihin
Allahyarham meninggalkan seorang balu serta tujuh anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan. Jenazah Allahyarham selamat disolatkan selepas Solat Asar di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Merab Luar , Bangi.
AL FATIHAH



PERGINYA BELIAU TAKKAN KEMBALI,

SEGALA BAKTINYA DIKENANG DAN DIHAYATI

BUDINYA KAN SELALU DIINGATI

DOA DIKIRIM PADANYA AGAR DIA TENANG ABADI...

PEMERGIANNYA TIDAK DIDUGA
SENYUMAN YANG PERNAH TERUKIR
MERAWAT RINDU NAN LUKA
JASA YANG DITABUR KAN MEKAR SENTIASA
DOAKAN KAMI AGAR MENGIKUT JEJAK LANGKAHNYA
MENJADI HAMBA BERBAKTI UNTUK AGAMA YANG DIBANGGA...

NUKILAN:
NURSIAH JEMAIN KPLI JQAF AMBILAN JAN 2013

Monday, 18 February 2013

Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ( Makluman dari EN AZHAR BIN MAHMUD MUHAMMAD - HEP )


Pelajar-pelajar bagi program yang disenaraikan di bawah dan memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan SAHAJA boleh menuntut BB1M di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Ilmu Khas mulai hari Khamis (14/2/2013) pada waktu pejabat (8.00 pagi - 5.00 petang):
Senarai Program:
  1. KPLI J-QAF MOD LPBS AMBILAN JANUARI 2012
  2. PGSR MOD KDC AMBILAN NOVEMBER 2009
  3. PPG MOD PJJ AMBILAN JUN 2011
  4. PPG MOD PJJ AMBILAN FEBRUARI 2012
  5. KDPM MOD KDC-PLPS (JPNIN) AMBILAN NOVEMBER 2011
  6. KDPM MOD KDC-PLPS (JPNIN) AMBILAN NOVEMBER 2012
Syarat-syarat:
  • Sedang mengikuti pengajian dan berada di status AKTIF (iaitu Lulus peperiksaan akhir semester November/Disember 2012). Pelajar yang sedang menangguh atau digantung pengajian TIDAK LAYAK menerima BB1M;
  • Tidak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M);
Nota:
  1. Sila kemukakan MyKad dan Kad Matrik semasa membuat tuntutan. Tuntutan melalui wakil TIDAK akan dilayan.
  2. Sila rujuk lampiran yang disertakan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai BB1M.
Terima kasih.