
Pelajar-pelajar bagi program yang disenaraikan di bawah dan
memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan SAHAJA boleh menuntut BB1M di Jabatan
Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Ilmu Khas mulai hari Khamis (14/2/2013) pada
waktu pejabat (8.00 pagi - 5.00 petang):
Senarai Program:
- KPLI J-QAF MOD LPBS AMBILAN JANUARI 2012
- PGSR MOD KDC AMBILAN NOVEMBER 2009
- PPG MOD PJJ AMBILAN JUN 2011
- PPG MOD PJJ AMBILAN FEBRUARI 2012
- KDPM MOD KDC-PLPS (JPNIN) AMBILAN NOVEMBER 2011
- KDPM MOD KDC-PLPS (JPNIN) AMBILAN NOVEMBER 2012
Syarat-syarat:
- Sedang mengikuti pengajian dan berada di status AKTIF (iaitu Lulus peperiksaan akhir semester November/Disember 2012). Pelajar yang sedang menangguh atau digantung pengajian TIDAK LAYAK menerima BB1M;
- Tidak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M);
Nota:
- Sila kemukakan MyKad dan Kad Matrik semasa membuat tuntutan. Tuntutan melalui wakil TIDAK akan dilayan.
- Sila rujuk lampiran yang disertakan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai BB1M.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment