Tuesday, 19 March 2013

MAKLUMAN PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN


Pendaftaran Kolej Kediaman Bagi Pelajar Program Kursus Dalam Cuti (KDC)
- EN AZHAR BIN MAHMUD MUHAMMAD


Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran dan pengambilan kunci bilik bagi pelajar-pelajar Program Kursus Dalam Cuti (KDC) yang berminat untuk menginap di Kolej Kediaman semasa sesi pengajian yang akan datang bolehlah berbuat demikian mengikut ketetapan seperti berikut:

Program
Ambilan
Tarikh/Hari
Masa
PGSR
November 2009
22 Mac 2013/Jumaat
2.45 petang - 5.00 petang
KDPM (JPNIN)
November 2011
23 Mac 2013/Sabtu
8.00 pagi - 12.30 tengah hari
KDPM (JPNIN)
November 2012
24 Mac 2013/Ahad
2.00 - 5.00 petang
DPLI-SR J-QAF
Januari 2013
DPLI-SR (KDC)
Disember 2012
Semua pelajar dipohon untuk mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
  1. Cadar, bantal dan sarung bantal tidak disediakan.
  2. Sila datang pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Pelajar tidak dibenarkan mengambil kunci bagi pihak pelajar lain.
  3. Pelajar tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di sepanjang Jalan Siaga (jalan utama di hadapan kolej kediaman)
  4. Pelajar yang pernah melanggar peraturan kolej kediaman tidak dibenarkan mendaftar masuk.
Sila berhubung dengan Pn. Nor Adalina binti Hamdan (Penolong Pengurus Kolej Kediaman) jika terdapat sebarang kemusykilan.
Terima Kasih.

Sunday, 17 March 2013

PERHATIAN; CETAKAN MODUL INTERAKSI MAC 2013

Assalamualaikum, Perhatian Kepada DPLI-SR-j-QAF Ambilan Dis 2012 dan Januari 2013 (INTERAKSI MAC 2013 )

MAJOR Bagi Kelas 1.1, 1.2, 1.3 dan 1.4
MAJOR 2 KERTAS:
1-PIN2103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM
2-PIC2103 TAHSIN TILAWAH AL-QURAN

MINOR Bagi Kelas Berikut;

MINOR BAGI KELAS 1.1 DAN 1.2
1-BAK2103 BAHASA ARAB DAN KURIKULUM

MINOR BAGI KELAS 1.3 DAN 1.4
1.AIK2103 PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

Bagi Kelas 1.5

MAJORNYE 2 KERTAS;
1-BAU 2103-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB
2-BAB2103-KEMAHIRAN BERBAHASA ARAB

MINOR 1 KERTAS: 
 1-PIK2103-PENDIDIKAN AL-QURAN DAN JAWI
----------------------------------------------------------------------------------

KOMPONEN TERAS DAN PROFESIONAL MELIBATKAN SEMUA KELAS IAITU;

1- Psikologi Pendidikan ( EDC2103 )
2- Falsafah dan Etika Guru ( EDC 2102 )

KEMAHIRAN INSANIAH

3- Olahraga (ISO 2101)

PRINT MODUL YANG TERLIBAT MASING-MASING MELALUI japimipgkik.blogspot.com DAN BAWA MODUL TERSEBUT UNTUK INTERAKSI MAC 2013 
- Us Edaham


















Thursday, 14 March 2013

Alunan Menenangkan Jiwa

بسم الله الرحمن الرحيم
betapa indahnya kalimah Allah apabila digabungkan dengan rentak dan alunan yang menusuk kalbu...Wallahu a'alam


Wednesday, 13 March 2013

SEEKOR KUCING DAN HIGH TOUCH SEORANG GURU

Hasil Nukilan : Ustazah Nurul Huda Mohd. Bisri
JAPIM
( Disiarkan dalam Buletin Penyelidikan IPGKIK Bilangan 2, 2012 )

Banyak kita dengar mitos tentang kucing. Haiwan yang mempunyai sembilan nyawa, di  zaman Mesir kuno kucing ialah jelmaan dewa yang dipuja tetapi di Eropah kucing ini dianggap sebagai pembawa bencana. Itu mitos yang ditanggapi oleh masyarakat dunia namun secara faktanya, kucing ini ialah haiwan peliharaan seperti juga anjing, ikan dan lain-lain yang mampu untuk mengurangkan kadar tekanan perasaan yang dialami oleh pemiliknya. Di barat haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing ini digunakan sebagai alat bantu terapi “animal assisted therapy” atau “visiting pet” iaitu satu program di mana haiwan-haiwan itu membantu golongan pesakit dengan mengunjungi mereka di hospital atau di pusat-pusat jagaan.

Selain itu, pemilikan haiwan peliharaan  juga mampu mendidik pemiliknya rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap makhluk lain serta menjadi platform awal untuk bergaul secara lebih sihat dengan masyarakat. Bahkan haiwan peliharaan ini mampu mengubah golongan pesalah juvana, bersikap empati dan belas kasihan atau bertimbang rasa terhadap orang lain.

Sifat-sifat yang mulia ini sekiranya dipupuk dengan baik dalam diri seorang guru semestinya memberi impak yang besar kerana sifat ini dapat disalurterapkan ke dalam jiwa generasi seterusnya. Kita sedar  fenomena masyarakat kini yang semakin hilang rasa sayang dan belas kasihan hatta terhadap sesama manusia. Oleh kerana itu para guru perlu terlebih dahulu membina dan memupuk perasaan sayang dan belas kasihan itu dalam diri mereka. Situasi ini selari dengan   konsep ‘high touch’ sebagai pendekatan terkini dalam pendidikan. Sifat kasih sayang dan belas kasihan ini merupakan nilai-nilai yang telah difokuskan di dalam Standard Guru Malaysia bagi meningkatkan amalan nilai profesionalisme keguruan.
 
Guru yang bersifat penyayang akan lebih prihatin keperluan anak-anak muridnya, akan lebih peka terhadap cara pembelajaran anak-anak didiknya. Kita renungi Rasulullah s.a.w, baginda seorang pendidik ulung yang dapat mendidik dan membangun jiwa para sahabatnya yang juga anak didiknya (Abu Ghuddah, 2009). Baginda seorang yang penyayang, sangat peduli dengan kehendak dan perubahan para sahabatnya. Rasullah s.a.w mempunyai ‘high touch’ yang tinggi, oleh kerana itu baginda amat disayangi oleh pengikut-pengikut baginda.  Apabila hubungan antara guru dan murid terjalin erat pastinya ilmu yang diajarkan dapat difahami dan dihayati dengan berkesan.
 
Kasih sayang Rasulullah s.a.w juga ditunjukkan terhadap makhluk Allah yang lain terutama kucing. Dalam satu hadis dalam riwayat at-Tirmizi,

“Wahai Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika Nabi menuju ke bejana tiba-tiba seekor kucing datang dan minum di bejana itu. Melihat itu, Nabi berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum barulah baginda berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
 
Sifat mulia ini terjelma dari hati yang penuh kasih dan menghargai kewujudan makhluk lain. Menurut Imam al-Ghazali(Ahmad Mohd Salleh, 2008) akhlak itu ialah sifat jiwa yang mendorong atau melahirkan perbuatan tanpa sengaja atau bahasa yang lebih mudah ia berlaku secara spontan.  Menurut Justine Hankins (Our Character Reflected In Our Pets, 2005)
 
“Our love of our furry companions is often cited as evidence of depth of character”

Hubungan manusia-haiwan peliharaan dapat menggambarkan watak dalam diri seseorang. Manusia yang tidak suka akan haiwan peliharaan boleh dianggap tiada perasaan dan kurang sikap baik hati dalam diri.

Oleh itu sebagai guru dan pendidik, pupuklah sifat penyayang dan bertimbang rasa ini dengan memiliki haiwan peliharaan kerana ia bukan saja mampu meningkatkan ‘high touch’ dalam diri malah ia dapat meningkatkan tahap kesihatan emosi dan fizikal. Pastinya proses perpindahan ilmu itu akan lebih berkesan dan akan lebih dikasihi oleh anak-anak didik.


Rujukan

Abu Ghuddah, Abdul Fattah Al-Halabi Al-Suri. (2009). Rasulullah Pendidik Terulung. Seremban: Al-Azhar Media.
Ahmad Mohd Salleh, Mohd. Farid Hafidhz Ahmad. (2008). Islam Aganma Rabbani: Dasar Pendidikan Islam teras. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

James, B. (1990). Animal Rights. England: Wayland (Publishers)Limited.
Our Character Reflected In Our Pets. (2005, September 6). The Hindu Opinion .

http://animaltherapy.net (dimuat turun pada 4.10.2012)


http://www.hindu.com/2005/09/06/  (dimuat turun pada 4.10.2012)

Tuesday, 12 March 2013

Warna Dalam Al-Quran


Didalam al-Quran ada disebut warna-warna bagi menggambarkan sifat tertentu. Ada lapan warna disebut didalam al-Quran dimulai warna kuning sebagai warna yang pertama dirakamkan dalam al-Quran.. Ada 37 tempat semuanya dalam al-Quran. Sesungguhnya pada warna-warna tersebut adanya rahsia kebesaran Allah Taala bagi orang yang ingin mengambil pelajaran. Wallahu a’alam

Warna
Bil
Ayat
1
Kuning
5
5
2
Putih
12
12
3
Hitam
8
7
4
Hijau
8
8
5
Biru
1
1
6
Merah
1
1
7
Pink
1
1
8
Hijau Gelap
1
1

Keajaiban Angka Dalam Al-Qur’an


Satu kajian daripada Dr Tariq Al Suwaidan dan terbitan bukunya “The Series Of The Scientific Miracles In Qur’an” memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Qur’an yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan bahkan mukjizat Allah kepada Rasul Nya Muhammad SAW.
Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :


    Solat – 5 kali
    Dunia             - 115 Kali       : Akhirat – 115 Kali
    Malaikat – 88 Kali                : Syaitan – 88 kali
    Hidup – 145 Kali                  : Mati – 145 Kali
    Faedah – 50 Kali                 : Kerugian – 50 Kali
    Ummah – 50 Kali                 : Penyampai – 50 Kali
    Bala/Musibah – 75 Kali      : Bersyukur – 75 Kali          : 
    Bersedekah – 73 Kali         : Berpuashati – 73 Kali
    Orang Sesat – 17 Kali        : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali
    Muslimin – 41 Kali              : Jihad – 41 Kali
    Emas – 8 Kali                       : Kemurahan Hidup – 8 Kali
    Keajaiban – 60 Kali             : Fitnah – 60 Kali
    Zakat – 32 Kali                     : Berkat – 32 Kali
    Minda – 49 Kali                    : Nur – 49 kali
    Lidah – 25 Kali                     : Sumpah – 25 Kali
    Nafsu – 8 Kali                       : Ketakutan – 8 Kali
    Kesusahan – 114 Kali        : Kesabaran – 114 Kali
    Muhammad –  4 kali           : Syariat – 4 Kali
    Lelaki – 24 Kali                    : Perempuan – 24 Kali
    Bulan – 12 Kali                    : Hari – 365 Kali
    Lautan – 32 Kali                  : Daratan – 13 Kali
    Iblis (Penghulu Syaitan)-11 Kali  : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali       
    Bercakap di khalayak – 18 Kali   : Berdakwah – 18 Kali

v    LAUT & DARAT                         : 32 + 13 = 45
Justeru itu peratusan Laut    : 32/45 X 100     = 71.1111111 Peratus
Peratusan Daratan                   : 13/45 X 100     = 28.8888889 peratus
JUMLAH DARATAN + LAUTAN                          = 100 %

Kajian sains pula oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi manakala tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.


Majlis Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf bersama Perdana Menteri



Majlis Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Mac 2013 - Dalam majis tersebut Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah menghantar 3 wakil mereka iaitu Us Zaradi Sudin, Us Amir Khan dan Us Mohd Aminuddin.

Perhimpunan kali ketiga itu menghimpunkan sebilangan ulama dan umara seperti mufti, Ketua Hakim Syarie, Panel Kajian Syariah dan Syariah Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malasia (JAKIM), imam dan umara dalam kalangan peawai kanan kerajaan, penjawat awam, badan berkanun serta pihak swasta manakala lagi merupakan asnaf (penerima zakat).

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri mengumumkan lapan langkah memakmur negara dan mengislah ummah dengan membabitkan peruntukan antara RM3.5 juta hingga RM9 juta setahun. Perdana menteri juga turut melancarkan Skim Khairat Nasional yang akan memberi manfaat kepada 170,000 keluarga yang didaftarkan di bawah e-kasih dan pangkalan data majlis agama Islam di seluruh negara. 



XCCCXXX

Sekitar majlis tersebut

Monday, 11 March 2013