Orang
muda selalu bercakap mengenai cinta. Ada apa dengan cinta? Cinta digambarkan
sebagai perasaan yang membangkitkan semangat, lantaran bersatunya dua jiwa.
Adapun kita bukan nak berbicara panjang tentang cinta orang muda. Namun, masih
lagi berkait tentang cinta. Cinta yang lahir akibat mengikut petunjuk nabawi.
Kemanisan yang dapat dikecapi dengan melazimi solat berjemaah. Lazimnya,
apabila solat jemaah dilakukan, bahu si kaya dan si miskin bersentuhan, lutut
anak muda bergesel dengan lutut si tua, tapak kaki orang besar bertemu rakyat
biasa, justeru membangkitkan ikatan cinta persaudaraan yang penuh rahmah dan
berpanjangan.
Sememangnya
telah didoakan oleh para malaikat atas orang yang berniat melakukan solat
berjemaah dengan rahmah dari Allah. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah r.a. katanya,
''Rasulullah
s.a.w. bersabda: Solat seorang lelaki dalam jamaah itu dilipat gandakan
pahalanya melebihi solatnya di rumah secara bersendirian-munfarid-atau di
pasarnya dengan dua puluh lima kali ganda'' (Muttafaqun 'Alaih).
Bila
mana kita tinjau teori fizik, kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku
antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah yang lain yang berada di kiri dan
kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia
berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan
dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama
pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Semakin segar
setelah melakukan solat berjemaah adalah nikmat dan rahmat bagi yang percaya
dan menyerah diri kepada Allah.
Justeru
itu sahabat... Tidak pelikkah kalian dengan bilangan umat Islam yang ramai
mencecah 6.5 billion, saudara Islam kita di Palestin masih dicabut maruah
mereka, bumi kita Palestin dan negara-negara tinggalan empayar Islam satu
ketika dahulu yang masih tidak dapat dikuasai kembali, ummat Islam yang
dirampas hak mereka di Thailand, sistem Islam yang direndahkan di Turki, dan
saudara Islam China yang dibunuh? Lalu tidak hairanlah masalah yang melanda
ummat Islam pada hari ini sehingga tercabut kegerunan musuh Islam adalah kerana
kita semakin jauh dengan unjuran nabawi - we have quantity but not quality.
Sehingga akhirnya kita jauh dari rahmat, kasih sayang dan pertolongan Allah
(nauzubillahiminzalik).
Oleh
itu, sahabat yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita sama-sama menghayati
sekecil-kecil tuntutan nabawi ini, solat berjemaah agar Allah mengasihani kita.
Di samping solat jemaah, berperananlah dengan mula memperbaiki diri dan
keluarga dengan kefahaman Islam yang sahih dan murni menurut petunjuk nabawi agar
kemanisan cinta sejati dapat kita kecapi. ( sumber : ieman raudhah )
No comments:
Post a Comment