Assalamualaikum
Sila muat turun dokumen berikut untuk interaksi Mac 2013.
Modul j-QAF PENDIDIKAN ISLAM
Modul j-QAF BAHASA ARAB
Modul j-QAF PAI-PEND KHAS
Modul j-QAF INSANIAH [KOKU-BIG]
Modul j-QAF PENGAJIAN PROFESIONAL
Dokumen boleh dimuat turun di sini.
Terima Kasih.
Monday, 11 March 2013
Saturday, 23 February 2013
Ucapan Takziah Buat Keluarga En. Abd Rahim bin Talib
Ibu mertua kepada En. Abd Rahim bin Talib (Ketua
Jabatan Pendidikan Khas, IPGKIK) telah meninggal dunia pada 21 Februari 2013 di
Hospitlal Serdang, Selangor. Seluruh warga IPGK Ilmu Khas merakamkan ucapan
takziah kepada En. Abd Rahim bin Talib dan keluarga.
Al Fatihah.....
Friday, 22 February 2013
Al-Fatihah buat Allahyarham Dr Mohd Abdul Basir Alias
Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Mohd Abdul Basir Alias, 47, Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral IPG Kampus
Ilmu Khas yang telah meninggal dunia di hospital Serdang Khamis 22 Februari
2013 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1434 Hijrah .
Semoga ruh beliau ditempatkan bersama-sama para anbia dan para solihin
Semoga ruh beliau ditempatkan bersama-sama para anbia dan para solihin
Allahyarham meninggalkan seorang balu serta tujuh anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan. Jenazah
Allahyarham selamat disolatkan selepas Solat Asar di Masjid Hasanah Bandar Baru
Bangi dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Merab Luar , Bangi.
PERGINYA BELIAU TAKKAN
KEMBALI,
SEGALA BAKTINYA DIKENANG DAN DIHAYATI
BUDINYA KAN SELALU DIINGATI
DOA DIKIRIM PADANYA AGAR DIA TENANG ABADI...
PEMERGIANNYA TIDAK DIDUGA
SENYUMAN YANG PERNAH TERUKIR
MERAWAT RINDU NAN LUKA
JASA YANG DITABUR KAN MEKAR SENTIASA
DOAKAN KAMI AGAR MENGIKUT JEJAK LANGKAHNYA
MENJADI HAMBA BERBAKTI UNTUK AGAMA YANG
DIBANGGA...
NUKILAN:
NURSIAH JEMAIN KPLI JQAF
AMBILAN JAN 2013
Monday, 18 February 2013
Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ( Makluman dari EN AZHAR BIN MAHMUD MUHAMMAD - HEP )

Pelajar-pelajar bagi program yang disenaraikan di bawah dan
memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan SAHAJA boleh menuntut BB1M di Jabatan
Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Ilmu Khas mulai hari Khamis (14/2/2013) pada
waktu pejabat (8.00 pagi - 5.00 petang):
Senarai Program:
- KPLI J-QAF MOD LPBS AMBILAN JANUARI 2012
- PGSR MOD KDC AMBILAN NOVEMBER 2009
- PPG MOD PJJ AMBILAN JUN 2011
- PPG MOD PJJ AMBILAN FEBRUARI 2012
- KDPM MOD KDC-PLPS (JPNIN) AMBILAN NOVEMBER 2011
- KDPM MOD KDC-PLPS (JPNIN) AMBILAN NOVEMBER 2012
Syarat-syarat:
- Sedang mengikuti pengajian dan berada di status AKTIF (iaitu Lulus peperiksaan akhir semester November/Disember 2012). Pelajar yang sedang menangguh atau digantung pengajian TIDAK LAYAK menerima BB1M;
- Tidak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M);
Nota:
- Sila kemukakan MyKad dan Kad Matrik semasa membuat tuntutan. Tuntutan melalui wakil TIDAK akan dilayan.
- Sila rujuk lampiran yang disertakan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai BB1M.
Terima kasih.
Wednesday, 30 January 2013
Majlis Maulidurrasul IPGKIK 1434H
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala, Majlis Sambutan Maulidurrasul 1434 Hijrah peringkat IPG Kampus Ilmu Khas telas selamat diadakan pada 25 Januari 2013 bersamaan 13 Rabiul Awal 1434H di dewan Dato’ Razali Ismail IPG KIK.
Majlis tersebut telah mendapat kerjasama dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Kuala Lumpur. Bertemakan Rasulullah S.A.W: Muaddib & Qudwah Hasanah Dalam Pendidikan, pihak JAPIM IPGKIK telah mengadakan forum perdana dengan dihadiri oleh 2 orang panel jemputan khas iaitu Ybhg. Ustaz Fauzi Mustafa dan Ybhg. Ustaz Zamri Zainal Abidin bersama moderator Ybhg. Ustaz Ahmad Husni Dato' Ab Rahman. Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat, majlis tersebut telah berjalan dengan baik.
Manakala bagi yang bukan beragama Islam satu forum Moral telah diadakan di Auditorium Blok TESL yang telah dijayakan oleh Pensyarah Bahagian Moral JAPIM Datin Marina Mohd Yusof dan Puan Vijayaletcmy a/p Muniyandy
Terima Kasih diucapkan kepada pihak yang telah memberikan kerjasama.
Jazakallah Khair Wa Ahsan Al Jaza
Sekitar Majlis Tersebut
Kursus LKS ( KERJA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM )
Laporan Kursus ini akan dimaklumkan kemudian bersama dengan set power point setiap pembentang :
Pembentang 1 : Us Mohd Aminuddin Ab Rahaman
Pembentang 2 : Ustazah Dr Zahiah Haris
Pembentang 3 : Us Zaradi Sudin
Pembentang 4 : Us Mohd Ab Basir Alias
Pembentang 1 : Us Mohd Aminuddin Ab Rahaman
Pembentang 2 : Ustazah Dr Zahiah Haris
Pembentang 3 : Us Zaradi Sudin
Pembentang 4 : Us Mohd Ab Basir Alias
SEKITAR KURSUS TERSEBUT
Ahlan Wasahlan
Selamat datang diucapkan kepada warga baru Jabatan Pendidikan Islam & Moral IPGKIK 2013.
Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum.
Selamat Menjalankan Tugas.
Subscribe to:
Posts (Atom)






